Sayyidah Nafisah ialah
 salah satu keturunan Rasulullah s.a.w.. Beliau puteri Imam Hasan 
al-Anwar bin Zaid al-Ablaj bin Imam Hasan bin Imam Ali r.a.. Beliau 
lahir di Makkah, pada 11 Rabiulawal 145H, hidup dan besar di Madinah.
Hijrah Ke Mesir
Demi
 keamanan dan ketenangan hidup Sayyidah Nafisah berhijrah ke Mesir 
bersama suaminya, Ishaq al-Mu'tasim bin Ja'far as-Siddiq, pada tahun 
193H, setelah sebelumnya ziarah ke makam Nabi Ibrahim a.s.. Di Mesir 
beliau tinggal di rumah Ummi Hani’.
Sayyidah
 Nafisah menetap di Mesir selama 7 tahun. Penduduk Mesir sangat 
menyayanginya dan percaya akan karamahnya. Mereka selalu berduyun-duyun 
mendatanginya, berdesakan mendengarkan mauizahnya dan memohon doanya. 
Hal ini membuat suaminya berfikir untuk mengajaknya pindah ke tanah 
Hijaz, namun beliau menolak dan menjawab: “Aku tidak bisa pergi ke Hijaz
 kerana aku bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w.. Beliau berkata kepadaku:
 "Janganlah kamu pergi dari Mesir kerana nanti Allah akan mewafatkanmu 
di sana (di Mesir).”
Peribadinya
Sayyidah
 Nafisah adalah seorang yang sangat kuat beribadah kepada Allah. Siang 
hari dia berpuasa sunat sedangkan pada malamnya dia bertahajjud 
menghidupkan malam dengan berzikir dan membaca Al Quran. Dia sungguh 
zuhud dengan kehidupannya. Hatinya langsung tidak terpaut dengan 
kehidupan dunia yang menipu daya. Jiwanya rindu dengan syurga Allah dan 
sangat takut dengan syurga Allah. Disamping itu Sayyidah Nafisah sangat 
taatkan suaminya. Beliau sangat mematuhi perintah suami dan melayan 
suaminya dengan sebaik-baiknya.
Sayyidah
 Nafisah adalah seorang yang terkenal zuhud dan mengasihi manusia yang 
lain. Pernah satu ketika, beliau menerima wang sebanyak 1000 dirham dari
 raja untuk keperluan dirinya. Beliau telah membahagikan wang tersebut 
kepada fakir miskin sebelum sempat memasuki rumahnya. Wang hadiah dari 
raja itu sedikit pun tidak diambilnya untuk kepentingan dirinya. 
Semuanya disedekahkan kepada fakir dan miskin. Demikianlah dermawannya 
Sayyidah Nafisah terhadap fakir miskin.
Keutamaannya
Sayyidah
 yang mulia ini sudah mendapatkan keutamaan sejak kecil lagi. Suatu 
ketika, demikian al-Hafiz Abu Muhammad dalam kitabnya Tuhfatul Asyraf 
bercerita: Al-Hasan, ayahanda Sayyidah Nafisah membawa Nafisah semasa 
kecil ke makam Rasulullah s.a.w.. Di sini sang ayah berkata : "Tuanku, 
Bagindaku Rasulullah, ini puteriku. Aku redha dengannya. Kemudian 
keduanya pulang. Di malam hari sang ayah bertemu Rasulullah bersabda: 
"Wahai Hasan Aku redha dengan puterimu Nafisah kerana keredhaanmu itu. 
Dan Allah SWT juga redha kerana redhaku itu.
Salah
 satu keutamaan Sayyidah Nafisah adalah selama hidupnya beliau telah 
mengkhatamkan al-Quran sebanyak 4000 kali. Selain itu, meskipun tinggal 
jauh dari tanah suci, beliau melakukan ibadah haji sebanyak 17 kali.
Sayyidah Nafisah dan Imam Syafie
Sejarah
 sepakat mengatakan bahawa Sayyidah Nafisah semasa dengan Imam Syafie. 
Keduanya saling menghormati. Di ceritakan bahawa Imam Syafie 
meriwayatkan hadis dari Sayyidah Nafisah. Setiap berkunjung ke kediaman 
Sayyidah Nafisah Imam Syafie dan pengikutnya sangat menjunjung tinggi 
adab sopan santun terhadap beliau.
Imam
 Syafie setiap tertimpa penyakit selalu mengirim utusan ke Sayyidah 
Nafisah agar berkenan mendoakannya dengan kesembuhannya. Dan benar, 
setelah itu Imam Syafie mendapatkan kesembuhan. Ketika Imam Syafie 
tertimpa penyakit yang menyebabkan beliau wafat, Sayyidah Nafisah 
berkata pada utusan Imam Syafie: "Semoga Allah memberikan kenikmatan 
pada Syafie dengan melihat wajahNya yang mulia.”
Karamahnya
Sebelum
 menceritakan karamah-karamah Sayyidah yang mulia ini, perlu diketahui 
bahwa suami Sayyidah Nafisah (Ishaq bin al Mu'taman bin Ja'far ash 
Shadiq) pernah berkeinginan untuk memindah makam beliau ke pemakaman 
Baqi' (Madinah). Kemudian penduduk Mesir meminta suami Sayyidah Nafisah 
untuk mengurungkan keinginannya, kerana penduduk Mesir ingin mendapatkan
 berkah darinya. Akhirnya, pada suatu malam suami Sayyidah Nafisah 
bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w.. Rasulullah bersabda, "Wahai Abu 
Ishaq, janganlah kamu menentang keinginan penduduk Mesir, karena Allah 
akan memberikan berkahNya kepada penduduk Mesir melalui Sayyidah 
Nafisah".
Di
 antara karamahnya ialah ketika pembantu Sayyidah Nafisah yang bernama 
Jauharah keluar rumah untuk membawakan air wudhu untuk beliau, pada 
waktu itu hujan deras sekali. Akan tetapi, tapak kaki Jauharah tidak 
basah dengan air hujan.
Di
 antara karamahnya juga ialah, ada sebuah keluarga Yahudi yang tinggal 
di dekat kediaman Sayyidah Nafisah di Mesir. Keluarga itu mempunyai 
seorang anak perempuan yang lumpuh. Suatu ketika ibu anak itu berkata: 
"Nak, kamu mahu apa ? Kamu mahu ke kamar mandi ?. Si anak tiba-tiba 
berkata: "Aku ingin ke tempat perempuan mulia tetangga kita itu.” 
Setelah si ibu minta izin pada Sayyidah Nafisah dan beliau 
memperkenankannya, keduanya datang ke kediaman Sayyidah Nafisah. Si anak
 didudukkan di pinggir rumah. Ketika datang waktu solat Zuhur, Sayyidah 
Nafisah beranjak untuk berwudhuk di dekat gadis kecil itu. Air wudhuk 
beliau mengalir ke tubuh anak tersebut. Seperti mendapatkan ilham anak 
itu mengusap anggota tubuhnya dengan air berkah tersebut. Dan seketika 
itu juga ia sembuh dan bisa berjalan seperti tidak pernah sakit sama 
sekali.
Kemudian
 si anak pulang dan mengetuk pintu. Pintu dibuka oleh ibunya. Dengan 
hairan dia bertanya: "Kamu siapa Nak?” “Aku puterimu.” Sambil memeluk si
 ibu bertanya bagaimana ini bisa terjadi. Si anak kemudian bercerita dan
 akhirnya keluarga itu semuanya masuk Islam.
Selain
 itu, pernah suatu ketika sungai Nil berhenti mengalir dan mengering. 
Orang-orang mendatangi Sayyidah Nafisah dan memohon doanya. Beliau 
memberikan selendangnya agar dilempar ke sungai Nil. Mereka 
melakukannya. Dan seketika itu juga sungai Nil mengalir kembali dan 
melimpah.
Karamah-karamah beliau setelah wafat juga banyak. Di antaranya, pada tahun 638H, beberapa pencuri menyelinap ke masjidnya dan mencuri enam belas lampu dari perak. Salah seorang pencuri itu dapat diketahui, lalu dihukum dengan diikat pada pohon. Hukuman itu dilaksanakan di depan masjid agar menjadi pelajaran bagi yang lain. Pada tahun 1940, seseorang yang tinggal di daerah itu bersembunyi di masjid itu pada malam hari. Ia mencuri syal dari Kasymir yang ada di makam itu. Namun, ia tidak menemukan jalan keluar dari masjid itu dan tetap terkurung di sana sampai pelayan mesjid datang di waktu subuh dan menangkapnya.
Wafatnya
Al-Sakhawi bercerita, "Ketika Sayyidah Nafisah merasakan ajalnya sudah dekat, beliau menulis surat wasiat
 untuk suaminya, dan menggali kubur beliau sendiri di rumahnya. Kubur 
yang digalinya itu ialah untuk beliau sentiasa mengingatkan akan 
kematian.Kemudian
 beliau turun ke liang kubur itu, memperbanyak solat dan mengkhatamkan 
al-Quran sebanyak 109 kali. Kalau tidak mampu berdiri, beliau solat 
dengan duduk, memperbanyak tasbih dan menangis. Ketika sudah sampai 
ajalnya dan beliau sampai pada ayat: “Bagi mereka (disediakan) tempat 
kedamaian (syurga) di sisi Tuhannya dan Dialah Pelindung mereka 
disebabkan amal-amal soleh yang selalu mereka kerjakan.” (Surah 
Al-An’am: 127), beliau pengsan kemudian dan menghembuskan nafas terakhir
 menghadap Sang Maha Kasih Abadi pada hari Jumaat, bulan Ramadhan 208H.
Sewaktu
 disembahyangkan sangat ramai orang yang menghadirinya. Sehingga kini 
maqamnya diziarahi oleh pengunjung dari seluruh pelusuk dunia. Demikian 
kehebatan yang Allah anugerahkan kepada Sayyidah Nafisah yang terkenal 
dengan kewarakan kepada Allah dan ketaatannya kepada suami. Semoga ianya
 menjadi contoh buat generasi wanita akhir zaman ini.
sumber
sumber



0 komentar:
Posting Komentar